Loading....
Recent Article links:

Archive for September, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah, Maaf Zahir dan Batin, dari saya, Mohammad Saifuddin Sairin.
  2. Selamat mendirikan rumah tangga kepada Zulfitri bin Muhamad dan pasangannya, Haizun, yang berada di Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan. Semoga rumah tangga yang dibina mereka kekal ke akhir hayat.
  3. Selamat bernikah kepada Mohd Firdaus bin Mazulkepli dan pasangannya, Noor Syakirah binti Zakaria, yang akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 25 September depan. Semoga rumah tangga yang dibina mereka kekal ke akhir hayat juga.
  4. Semoga Allah merahmati kita semua.

menjelang 16 september

Hari ni 15 September!..esok pula 16 September..ada apa 16 September?..tu kena tanya “orang itu” la ye~

Pagi tadi, saya di “Buzz” seorang rakan pada Yahoo Messenger saya. Rakan ini beriya-iya benar menceritakan pengalamannya balik kampung pada hujung minggu yang lepas. Hajatnya ini sebenarnya dipendam sejak semalam, tetapi kerana kesibukan masing-masing, tiadalah cerita ini didengar sehingga pagi tadi.

kawan: ko bz ker?
saya: apa?
kawan: pasal semalam
kawan: aku nak cerita pasal ***
kawan: kat kampung aku
kawan: hehehe
saya: o0
kawan: ko nak dengar tak?
saya: apa dia?
saya: org mati?
kawan: hahaha
kawan: mana ada orang mati
saya: apa dia?
kawan: ni ha
kawan: ari tu aku pakai songkok tinggi
kawan: tu la punca nya
kawan: dia ckp aku ****
kawan: ok la aku senyum je la
kawan: pastu
kawan: diorang usik2
kawan: pastu sorang hamba allah ni ckp
kawan: tak kira la **** ke ***
kawan: yang penting islam
kawan: ko tau dia ckp apa
kawan: si *** ni
kawan: mana boleh sama…
kawan: air ngan minyak mana boleh sama
kawan: ko panas tak dengar
kawan: memang ayat cari gaduh je
kawan: aku dgr pun dh berdiri bulu roma tengkuk aku
kawan: start dari situ
kawan: mulalah
kawan: hamba allah ni tak menyebelahi mana2
kawan: dia ckp mana yang baik kita ikut
kawan: tapi bagi si *** ni
kawan: *** je la yang betul
kawan: pasal yg nik a**z ckp **** islam palestin
kawan: dia ckp nik a**z ckp islam plastik
kawan: hahaha!
kawan: pastu ada plak lagi satu *** ni
kawan: dia ckp
kawan: sebenarnya *** tak boleh di katakan parti politik
kawan: *** tu islam
kawan: aku nak je ckp kalau mcm tu tak yah la masuk ***
kawan: sebab aku memang dah islam
kawan: hahaha!!
kawan: lawak2

Maka ketawalah saya berdekah-dekah membaca cerita rakan saya tu. Inilah akibatnya apabila mentaliti pengikut dicuci habis-habisan sehingga menyimpang jauh daripada realiti kehidupan. Air dan kencing pun dah tak tau beza!

harga minyak naik…sikit..

Harga minyak akan naik bermula 1 September 2009. Naik RM0.05 sen bagi RON 95 dari RM1.75 kepada RM1.80 dan naik RM0.25 sen untuk RON 97, dari RM1.80 kepada RM2.05 (per liter). Saya bukan jenis orang yang tahu sangat tentang kereta..cuma tahu pakai, isi minyak dan jalan..dengan harapan sampai ke destinasi. So, saya terpaksa mencari info tentang jenis minyak yang sesuai dengan kereta saya..

fuel compatibility with cars

fuel type compatibility

Bila suda jumpa informasi yang dicari, ada masalah lagi…apakejadahnya pulak warna pam minyak untuk RON-RON semua ni?..aiseh..pening la..selama ni yang saya tau, untuk kereta saya-warna hijau, kononnya jaga enjin..kalau dulu-dulu sewa kereta, isi merah-supaya jimat…so, cari lagi dan klasifikasi warna untuk RON 95 yang baru ni adalah kuning, RON 92 (lama/akan dimansuhkan) warna merah, dan RON 97 warna hijau…tapi masalahnya pula, sejak sekian lama saya isi minyak di Shell, Petronas, Esso, etc. di Sabah ni, tak pernah pula nampak pam minyak warna kuning walaupun sejak beberapa bulan lepas RON 95 ni sudah diperkenalkan di semua stesen minyak…yang  biasa dilihat hanya merah, hijau, hitam, ungu (Esso)..hmm…ada yang kata merah itu sebenarnya RON 95..sudah diganti dari RON 92, cuma warna pam belum ditukar, mungkin tiada bajet.. hantam saja la….

ACF loading animated gif  Loading...Please wait.