Pensyarah lapor klip video hina Islam
GEORGETOWN: Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video dalam sebuah laman web yang didakwa menghina dan mempersenda Islam.
Pensyarah di Jabatan Komunikasi USM, Prof Madya Muhammad Hatta Muhammad Tabut, berkata klip video selama 1 minit 23 saat itu dimasukkan dalam laman web http://www.youtube.com oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai "Streeticeshark" kira-kira dua bulan lalu.
"Klip video itu memaparkan seorang lelaki memakai seluar jean tanpa baju sedang menyembah potongan ayat Al-Quran sambil berkata, 'sabda Rasulullah (saw.), marilah kita semua orang Melayu makan babi'.
"Klip video yang turut memaparkan dia mengajuk laungan azan telah disaksikan 9,032 pengunjung laman web antarabangsa itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini, hari ini.
Muhammad Hatta berkata, pihaknya telah membuat siasatan dan alamat Internet Protokol (IP) di laman web berkenaan menunjukkan ia didaftarkan di Kota Baharu, Kelantan.
"Kami berharap pihak yang bertanggungjawab menyiasat dan mengambil tindakan tegas demi mencegah perkara sedemikian daripada terus berulang", katanya. - Bernama
source: Berita Harian
Ternampak berita ni sebentar tadi di headline Mutakhir dan teringat kembali tentang video ni yang semacam pernah dilihat sebelum ni. Bila tengok balik history browser dan klip video tu, baru la konfem yang memang aku pernah tengok benda ni dulu. Satu tindakan yang bagus dengan melaporkan kepada polis, at least lepas ni tiada lagi orang-orang bangang suka letak klip video macam tu di internet. Cuma ada satu benda saja yang menarik perhatian aku tentang berita tu yang telah di-bold-kan. How the heck can he trace the IP of the user?..kecuali la dia ni admin youtube atau dia ada berhubung dengan staff youtube (which I doubt!)..Mungkin tersalah laporan oleh wartawan yang tak tau selok belok komputer atau pensyarah ni yang tak tau nak describe the situation. Actually the location is stated clearly on his (the poster's) profile (betul atau tidak, blakang cerita..), no need to do stupid IP tracing la.. ![]()
Anyway, the statement "pihaknya telah membuat siasatan dan alamat Internet Protokol (IP) di laman web berkenaan menunjukkan" makes him looks super-fucking-cool, like he's somewhat a hacker or working with some special organization that can track and trace user's IP without having to ask youtube's permission, etc.
cool huh!
No related posts.
May 31st, 2009 - 11:28
haha.. more or less, that statement reveals that the lecturer did hack the youtube website in order to find that stupid user IP address.. which is super cool lah kan kalau memang betul.. and which is less likely.. ada org boleh hack one of the Google branch, since youtube owns by Google..