earth hour or blackout
Semalam pukul 6 onwards hujan turun dengan lebatnya. Guruh yang pada mulanya berbunyi macam tin kosong akhirnya bendentum mengalahkan bunyi kapal terbang MAS diikuti dengan panahan kilat yang maha terang menyilaukan mata. Aku pada mulanya hanya membiarkan saja bunyi dan cahaya itu berlalu, bak kata Pendekar DoReMi, "Cobaan!". Dentuman guruh dan kilat selepas itu lagi hebat dari yang sebelumnya, dan ketika itulah juga laptop ini tiba-tiba padam mengakibatkan darahku berderau seketika. Episod penyingkiran American Idol yang sedang dimuat turun sudah pasti terbantut bersama "kematian" laptop ini. Selepas diagnosis ringkas, modem yang menjadi nyawa talian internet di rumahku sudah tidak waras seperti dahulu, wireless router juga sudah mula malap lampunya tanpa sebarang respon dengan jaringan LAN, dan laptop ku juga mampus bersama. Ketiga-tiga perkakas elektronik ini bersambung antara satu sama lain melalui kabel Cat 5e (kabel LAN). Pastinya kilat yang maha hebat itu penyebabnya, selepas modem menjadi mangsa, wireless router dicarinya dan penghujungnya laptop ku juga yang kena. Itu lah, masa susasana masih tenang, semuanya dipandang remeh dan leceh. Bila sudah jadi macam ni, nah! rasakan akibatnya! Apa boleh buat, takdir menentukan yang ketiga-tiga alat ini mampus bersama dalam satu masa. Modem yang masih dalam jaminan terpaksa dihantar ke pusat servis, tapi laptop dan wireless router tidak lagi dapat diselamatkan! aduh!..perit rasa di hati.
Selepas kejadian itu jugalah, aku menyambut earth hour tanpa rela. Earth hour yang disambut kerana terpaksa. Dan hari ini, pukul 8.30 malam tadi sekali lagi earth hour disambut, cumanya yang ini penuh dengan rasa tanggungjawab terhadap alam sejagat.
Cerita modem/wireless router/laptop bersambung kemudian...
No related posts.