blog@msaifuddin.com I reject the reality and substitute my own!

13Feb/092

Geng: Pengembaraan Bermula

Geng Pengembaraan Bermula

Geng Pengembaraan Bermula

Semalam saya telah pergi menonton cerita animasi 3D Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula, di GSC 1Borneo. Jarang sekali (tak pernah rasanya..) kita berpeluang melihat animasi penuh 3D dalam bentuk filem yang menarik seperti ini. Sebelum ini, kita telah pun disajikan dengan beberapa filem animasi tempatan tetapi hasilnya SANGAT mengecewakan. Namun selepas menonton filem ini semalam, boleh dikatakan inilah permulaan sebenar dunia filem animasi Malaysia. Bukan saja teknik animasinya yang patut dikagumi, malah jalan ceritanya juga membuka satu lembaran baru dalam genre adventure (pengembaraan) dalam sinema animasi Malaysia. Gabungan realiti dan fantasi digarapkan dengan menarik sekali dalam jalan ceritanya dan perspektif kemalaysiaan jelas ditonjolkan dengan realiti kehidupan seharian watak-watak dalam cerita ini. Disokong dengan skrip yang mantap, saya lihat para penonton dari semua lapisan umur tidak mengira kaum, sangat terhibur dengan lawak-lawak dan aksi-aksi yang dipersembahkan. Bagi kanak-kanak pula, watak Rajoo, Upin, Ipin dan Oopet membuai mereka bersama ke alam fantasi Geng. Walau terdapat beberapa aspek animasi yang kelihatan "over" (pada pendapat saya), di mana sesekali kelihatan pergerakan objek/watak menjadi laju secara tiba-tiba (seolah-olah kekurangan frame?..eg: lori, kereta lembu) ia tidak mencacatkan persembahan filem ini. Geng: Pengembaraan Bermula, yang mendapat sokongan kerajaan Malaysia, merupakan satu filem yang mesti ditonton oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Inilah salah satu contoh filem keluaran Malaysia yang mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa dan mampu menjadi batu loncatan terbaik untuk filem-filem animasi Malaysia yang akan datang!

==========

Pemandangan ketika matahari terbenam diambil dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), UMS sementara menunggu hari gelap sebelum pergi menonton filem Geng.

Sunset view from IBTP, UMS

Sunset view from IBTP, UMS

No related posts.

Comments (2) Trackbacks (0)
  1. Pudin! Ko ka ni?Suri’ ni..hehe..mcm mana smbutan crita Geng d Sabah?xda plak aku dgr crita nih..aku keja di Les Copaque suda skrg ni..heheee.Drg ada jg ty mcm mana respon org2 sabah..

  2. aku la ni!
    aiseh!..kerja sana suda ko?..waiyo0!!
    time aku tengok cerita ni, memang ramai juga dalam panggung tu..mungkin pasal baru keluar kan..overall, memang semua yang ada tu keluar senyum2 jak…layan seh!..dan sampai sekarang ni pun (as i know & heard..) still one of the fav’s story bila orang2 pi tengok wayang!..
    ko ada dalam team produksi ka?..atau baru masuk?


Leave a comment


No trackbacks yet.