25Jan/094
Abang Racun
Sudah berpuluh-puluh tahun saya pergi ke Gaya Street, namun abang yang seorang ni dari dulu sampai la sekarang dia tak pernah jemu menjual racun. Racun yang dijualnya ada dua jenis, racun semut & racun tikus. Setiap kali bila berjalan mendekati lokasi tempat dia berniaga, maka akan terdengarlah pekikannya yang membingitkan telinga; "Racun semut, racun tikus!!", dan frasa itu akan diulang-ulang sehinggalah waktu berniaga tamat. Sudah lebih daripada 10 tahun dia berniaga racun tanpa jemu. Nampaknya jual racun sangat menguntungkan!
untuk gambar lain, sila lawati laman Flickr saya.
Related posts:
- harga minyak naik…sikit.. Harga minyak akan naik bermula 1 September 2009. Naik RM0.05...

January 31st, 2009 - 19:15
I know that ‘song’ .. racun semut, racun tikus.. hehehe.. lama jg sudah dia bertapak di sana ya..
February 2nd, 2009 - 10:54
malu aku nk beli..haha
February 9th, 2009 - 05:39
haha.. btol2.. lama btol dia nh jual racun… kalo hari2 biasa dia jual d area segama… n guna lagu sama… hehe… hari minggu ja dia jual d gaya street…
February 24th, 2009 - 20:11
Racun semut , racun tikus……..
AKu bangga dengan abg jual racun , dari aku kecik , sekolah menengah sampai sebelum pegi Jordan aabg ni x jemu2 jual racun…. Mantap betul!!! dia punya semangat dan ketabahan harus dicontohi oleh kaum muda…