blog@msaifuddin.com I reject the reality and substitute my own!

16Jan/093

Maut

Maut 2008

Maut 2008

Maut, sebuah filem arahan Bade Hj. Azmi, suami kepada Erma Fatima, mula ditayangkan pada 15 Januari lepas. Saya baru saja melihat hasil karya beliau di GSC One Borneo beberapa jam lepas dan secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan penyampaian mesej filem ini. Ceritanya bermula dengan agak 'slow' dengan plot permulaan cerita yang agak kabur dan susah untuk difahami. Mulanya dengan dua orang perempuan yang berada di dalam sebuah bas pada malam hari, kemudian seorang turun (Liyana Jasmay) dan meninggalkan perempuan yang satu lagi. Selepas beberapa ketika, perempuan tadi (yang masih berada dalam bas) sudah berada di depan pintu rumah perempuan pertama (Liyana Jasmay). Apa yang terjadi sebelum tu, tidaklah diketahui. Cuma apabila ceritanya sudah 'mula' berjalan, rupanya yang datang tu bukanlah jasad, cuma roh si mati. Matinya pula akibat diperkosa sebelum dibunuh. Bila memikirkan kembali plot awalan cerita, semacam ada babak-babak yang penting telah dipotong oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) yang mencacatkan jalan ceritanya yang menarik. Kisah seterusnya juga begitu, sampailah ke akhir cerita. Banyak rasanya babak-babak yang menyokong plot cerita ini telah dibuang oleh LPF dan hasilnya telah mencacatkan keseluruhan penceritaan yang ingin disampaikan. Contoh yang paling ketara ialah gambar perempuan yang terkulai mati di dalam poster di atas (sebelah Liyana Jasmay). Babak tu langsung tiada dalam cerita! patut la klasifikasi filem ni setakat 'U' (umum). Walaupun agak kecewa dengan kesan-kesan 'cutting' yang tidak sempurna tu, filem ini masih dapat menyampaikan mesejnya. Babak azab siksaan kubur mampu membuatkan kita bermuhasabah dengan segala perlakuan kita selama ini. Gambaran siksaan kubur tu, walaupun tidaklah dihiasi kesan CGI bertaraf Hollywood, masih mampu membuatkan bulu roma meremang memikirkan azab siksaan hari akhirat. Cuma yang peliknya, dalam panggung tu masih ada juga orang yang boleh geli hati dengan penceritaan azab siksaan di akhirat!  (dan mereka ni beragama ISLAM) Ya ampun...

Saya amat mengesyorkan filem ini untuk tontonan semua. Sesungguhnya ramai diantara kita yang masih lalai dengan MAUT! Sebelum MAUT datang menjemput, ada eloknya kita bersedia secukupnya. Kalau ada antara kita yang ada  anak-anak, rakan-rakan, mahupun saudara-mara, eloklah pergi bersama menonton filem ni. Harapnya masing-masing dapat muhasabah diri selama berada di dunia ini.

No related posts.

Comments (3) Trackbacks (0)
  1. assalamualaikum… sy setuju apa yg u tulis tuh. even penerbit dier ckp 11 scenes yg dipotong oleh LPF tuh x mencacatkan jln cerita tp…erm… ayat klise tuh, ayat selamatkan diri…ehehhee..kita sme phm kn?

    masa tgk TMO kt tv3, sy tertarik bila gayatri su-an pillay ckp “kita manusia, penah buat silap….” rasanyer lps tuh dier ckp psl bertaubat ker apa, x pasti.. tp, biler tgk penerbit eksekutif tuh bkn muslim, rasa menarik juga… adakah dier tgk filem tuh dr kaca mata muslim or bagaimana yea?

    lg 1, nk mintak halalkan, sy copy pic poster tuh nk tempel kt blog sy…jgn mare yer, enchek din…ehehehhe…susah nk cr tompek lain…

  2. @akuzle
    waalaikumusslam..
    buleh..amik je..poster tu pun sy cilok jugak…hehehe~

  3. trima kaseylaa…. so kiter neh sesama lanun laa… lanun cilok….ehehehehhehe


Leave a comment


No trackbacks yet.