Pindah ‘rumah’
Sekali lagi, saya terpaksa berpindah hosting kerana nampaknya prestasi server namsahaz amat mengecewakan. Walaupun terletak dalam negara, uptime server amat tidak konsisten di mana kadang-kala downtime mencapai berjam-jam dan terjadi berulang kali. Dan yang paling menyakitkan hati, masa saya sedang menulis posting baru, masa tu juga la server ni buat hal. Bila contents tu nak di publish, masa tu la server ni menunjukkan belangnya dan mengeluarkan songeh-songeh yang mencacatkan otak saya, antaranya connection error la, server error la, dan macam-macam lagi jenis error yang seangkatan dengannya. Pendek kata, semua error tu keluar dan memintas perjalanan posting saya untuk masuk ke dalam database. Naik jemu nak menulis balik posting yang panjang-panjang tu. As an example, posting sebelum ni telah saya tulis pada pukul 4 petang hari yang sama, dan hanya dapat saya publish sepenuhnya pada hari Isnin, lebih kurang dalam pukul 9 malam. Selain karenah server yang macam sial tu, letrik di rumah pula buat hal, black out lebih kurang 2 kali dengan jangka masa 3-4 jam setiap sesi. Shit! (bak kata Shahnon Ahmad).
Satu fakta yang pelik, even namsahaz sendiri pun tidak menggunakan server sendiri untuk host website utama diorang. Lihat saja screenshot ni. Nampaknya diorang pun tidak yakin performance dan prestasi server sendiri. hehehe~
Lastly, I moved to a new hosting yang saya pernah gunakan sebelum ni untuk host sebiji-dua portal. Murah dan reliable, walaupun servernya terletak nun di USA (not local company aa). ![]()
No related posts.

April 12th, 2009 - 10:48
Assalamualaikum,
Nampaknya saya pun kena ikut jejak langkah saudara.Tapi saya dah selesaikan sewa untuk tahun nih.Jenuh lah menunggu sampai bulan OKT 2009 baru lah tamat.Dah agak dah namsahaz sendiri pun guna server asing untuk host laman web dia.Support dia pun dah tak berfungsi.Agaknya dah tak sempat nak jawab pertanyaan kot?
April 12th, 2009 - 11:17
@Zam
dulu sebelum chow, banyak tiket saya hantar tapi tidak satu pun berbalas. agaknya masuk recycle bin..
bukan tiket saja, emel pun ada juga..lastly akibat menyampah sangat, saya pun tarik keluar semua data dan pindah.
July 22nd, 2010 - 16:22
Saya salah satu pelanggan namsahaz… dah 2 tahun sekarang nie… pada mulanya memang ada masalah tapi akhirnya saya rasa saya berpuas hati dengan khidmat yang diberikan…..
Sedikit komen saya pasal , namsahaz yang menggunakan server dari Netherland tu , dan bukannya server sendiri … saya fikir ada logiknya juga ,sebabnya , memang masalah sedikit sebanyak akan timbul juga walau sebesar mana company yang menawarkan web hosting & server …
Jadinya , jika namsahaz menggunakan server dari luar maka jika ditakdirkan berlaku apa apa masalah yang mengakibatkan server diorang down seketika , sekurang-kurangnya diorang masih lagi ONLINE dan semua pelanggan diorang masih lagi boleh mendapatkan update dan boleh menghubungi diorang… kan ?
So, walau server diorang offline tapi Namsahaz masih lagi ONLINE !
—————————-
http://i1corner.com – Web Manager
me: bro, post ni dah bertahun2 dah..saya pun dah tak tau apa cerita ngan dorang. so, just ignore all of my writings. ini cerita lama. kalau dorang dah improve, baguslah.