blog@msaifuddin.com I reject the reality and substitute my own!

11Jan/090

Sunday morning

Berjalan-jalan ke Gaya Street, KK pada jam 10.00 pagi bersama Amar dan Yee. Kebetulan minggu lepas semasa berjalan-jalan di sini saya terlihat kelibat "seekor" sampah masyarakat sedang asyik menghidu gam di khalayak ramai sambil melayan dendangan gong dan caklempong. So, kali ni saya stand by dengan sebiji kamera untuk menangkap gelagat mamat tu kalau terjumpa lagi.
Gaya Street, Kota Kinabalu

Gaya Street, Kota Kinabalu

Malangnya, kelibat orang yang dicari tidak dijumpai. Mungkin sudah lari dari spot biasa disebabkan kehadiran pegawai-pegawai DBKK yang menjalankan rondaan. Juga mungkin disebabkan pada hari ini adanya kehadiran pengerusi SAPP yang telah keluar BN, Datuk Yong Teck Lee bersama orang-orangnya meninjau keadaan Gaya Street.

Komando yang gila

"Komando" yang gila. Bercakap sorang-sorang sambil melihat pancur air.

Lain yang dicari, lain yang terjumpa. Terkejut melihat gelagat seorang tua dalam lingkungan 50-an yang sedang bercakap seorang diri sambil berposing dengan bergaya sekali di hadapan pancur air. Kedengaran suaranya yang lantang seperti sedang memarahi bayang-bayangnya sendiri. Dengan memakai topi/'cap' bertulis "Komando 21" dan berseluar askar lengkap berkasut but, gayanya lagak seorang komando yang sesat di tengah bandaraya. Di depan bajunya tertulis "HAWA HEAVEN" ataupun "Syurga Wanita". Ini komando atau kasanova?

Di bajunya tertulis "INI ZAMAN QIAMAH 571Q JUM MATI"

Di bajunya tertulis "INI ZAMAN QIAMAH 571Q JUM MATI"

Tidak lama selepas itu, dia duduk sambil melihat gelagat orang yang lalu lalang di sekitarnya. Terlihat tulisan "INI ZAMAN QIAMAH 571Q JUM MATI" di belakang bajunya. Komando yang misteri ini nampaknya memang penuh misteri!

Gaya Street, jalan yang amat sibuk pada setiap hari Ahad.

Gaya Street, jalan yang amat sibuk pada setiap hari Ahad.

Selepas lebih sejam di Gaya Street, kami menuju ke Wisma Merdeka pula. Namun keadaan yang teramat sesak ditambah pula dengan ketiadaan parking space menyebabkan kami mengambil keputusan untuk pulang. Nampaknya kebanyakan orang sedang sibuk membeli-belah untuk persediaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Indahnya Pantai Awam Tanjung Lipat...

Indahnya Pantai Awam Tanjung Lipat...

Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Pantai Awam Tanjung Lipat. Sekali pandang memang landskap tamannya begitu indah. Saya ambil satu snap sebelum menaiki dataran (seperti di atas). Namun, setelah berada di atas dataran, yang indah itu bertukar rupa.

wow!..macam sampah!

wow!..macam sampah (memang sampah pun~)!

Pesisir pantainya penuh dengan sampah dan batang-batang kayu yang mungkin dihanyutkan dari pulau berdekatan (Pulau Gaya la kot). Bukan setakat satu kawasan yang kena, bahkan sepanjang pantai tu penuh dengan sampah! Mana pula perginya DBKK ni? Pemalas betul la.

sampah yang TERLALU banyak. Mana DBKK?

sampah yang TERLALU banyak. Mana DBKK?

sejauh mata memandang, jauh lagi sampah tu

sejauh mata memandang, jauh lagi sampah tu

gelagat seorang pengunjung yang sedang bereksperimen dengan sampah. Dia jumpa harta karun agaknya!

gelagat seorang pengunjung yang sedang bereksperimen dengan sampah. Dia jumpa harta karun agaknya!

anak kecil main sampah, ter'sampah' hatinya yang sepi...(ikut lagu warisan)

anak kecil main sampah, ter'sampah' hatinya yang sepi...(ikut lagu warisan)

Peliknya, ramai juga orang yang mandi manda di sana. Haha~. Diorang nampaknya tak peduli langsung dengan keadaan yang kotor tu. Well, peduli la.

Amar memandang masa depan pantai Tanjung Lipat

Amar memandang masa depan pantai Tanjung Lipat

No related posts.

Comments (0) Trackbacks (1)

Leave a comment