Histeria
"Histeria" ialah sebuah filem arahan James Lee, yang baru saja memulakan tayangan 18 Disember lepas. Saya baru saja balik dari menyaksikan filem ini tadi dan saya berpuas hati secara keseluruhannya. Plot ceritanya menarik, mutu lakonan juga boleh dibanggakan (walaupun terdapat sedikit "slack" pada watak sampingan) dan watak utama yang menjayakan filem ini berjaya memberikan persembahan yang menarik. Bukan saja penonton dihiburkan dengan ceritanya, tapi juga dengan watak-watak yang dibawa oleh para gadis yang menawan belaka. ![]()
Namun terdapat beberapa elemen-elemen "sambil lewa" yang mencacatkan keterperincian filem ini seperti dalam latar dorm asrama yang kononnya asrama lama dan tidak lagi berpenghuni. Apabila para pelakon baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam dorm itu, dilihat semua tilam dan bantal mempunyai sarung (masih kelihatan baru dan tidak kotor), yang mana menunjukkan dorm tersebut sedang/masih digunakan. Kebiasaannya di asrama, tilam akan dilipat jika tidak digunakan (ikut pengalaman saya la) dan tiada sarung tilam/bantal akan ditinggalkan sebab mak cik cleaner biasanya akan tibai dulu sarung tersebut untuk dibuat kain lap (mungkin sekolah ni tak ada mak cik cleaner ataupun mak cik cleaner sekolah ni terlalu jujur). Latar sekolah yang digambarkan juga tidak menunjukkan yang ianya sebuah sekolah asrama kerana secara logiknya akan ada pengawal (Pak Guard) yang bertugas 24 jam untuk pasang/tutup lampu walaupun pada cuti penggal seperti dalam cerita tersebut, bukan hanya tukang kebun (mungkin sekolah ni tak ada duit upah guard). Selain itu, sepanjang cerita berjalan sesetengah watak kelihatan menggunakan telefon awam (public phone) untuk menelefon pakwe masing-masing, tetapi di saat mereka terkedek-kedek dikejar jembalang, tiada seorang pun yang mahu menggunakan telefon awam itu untuk memanggil polis (walaupun 999 itu free of charge), bahkan mereka sibuk pula mencari telefon bimbit masing-masing yang telah disimpan oleh guru disiplin mereka dan apabila terjumpa telefon bimbit, ada saja masalahnya (tiada coverage la, tiada credit la). Terdapat beberapa lagi babak lain yang mempunyai kesalahan-kesalahan kecil sebegini yang mana boleh dielakkan jika perincian filem ini lebih diteliti.
Walau apa pun, filem Histeria mempunyai daya penariknya yang tersendiri (sudah tentulah dari gadis-gadisnya) yang mampu menarik minat para penonton untuk mengikuti plot ceritanya sehingga tamat. Jika dibandingkan dengan filem-filem seram lain dari Malaysia, rasanya Histeria jauh lebih bagus berbanding saingannya.
*Btw, terdapat adegan lesbian (perempuan suka perempuan) yang tidak keterlaluan dalam filem ni. ![]()
Related posts:
- harga minyak naik…sikit.. Harga minyak akan naik bermula 1 September 2009. Naik RM0.05...

December 31st, 2008 - 02:07
lesbian? mesti ko suka kan din? wehh..ko tahun ni kan konvo? ko turun silat tak?
December 31st, 2008 - 02:11
wah!..
bukan main “kencang” lagi ko bila nampak benda alah ni..
hehehehe~
konvo thiz year la. turun?..idok le. lama dah dok aktif..ni semua sebab ko le..sapa suruh ko dah takde…hehehe~
January 2nd, 2009 - 03:12
wah… ada lesbo…!~ hehe.. mesti tgk nh movie nh.. hahaha
January 2nd, 2009 - 03:20
aiseh..
laju saja ko kalo ada benda2 gitu..hehehe~
lama suda ni main..
tah ada lg ka tidak..
beli ja DVD ori..
konfem bule tengok balik2…
bwahahahaha~