Pelajar Kita MALAS!
MP BN: "Pelajar kita malas"KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan hari ini mendedahkan bahawa pelajar terutamanya di institusi pengajian tinggi kini lemah minda bukan kerana berpolitik tetapi kerana malas belajar. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata, pelajar di universiti bukan sahaja tidak membaca buku dan hanya bergantung kepada nota dari pensyarah, malah malas untuk membuat rujukan dan malas pula membaca buku dalam bahasa Inggeris.
"Ini kerana susah, pening kepala. Pergi periksa hanya berdasarkan nota pensyarah, tutorial. Ke mana ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat pelajar kita?" katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Univeriti 2008 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, masyarakat negara ini perlu menukar sikap daripada hanya menjadi pengguna kepada menjadi pengeluar.
Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) semasa meminta penjelasan berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Tajuddin yang menyatakan pelajar malas seolah-olah merendahkan taraf mereka dan sama ada pelajar di luar negara lebih tinggi tarafnya sehinggakan mereka boleh menyertai Kelab Umno.
Tajuddin berkata, beliau sebagai orang tua hanya memberi nasihat dan sekiranya masyarakat pelajar perlu ditegur mereka perlu ditegur dan bukan mempunyai niat tidak baik.
"Ramai yang saya temu duga, walaupun dengan memiliki ijazah sarjana mereka kurang pengetahuan am kerana mereka kurang membaca. Perkara yang perlu diperbaiki perlu diperbaiki," katanya.
Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata pindaan AUKU pula akan dapat memperbaiki tadbir urus universiti dan pendidikan tinggi secara holistik.
Beliau berkata, kerajaan juga tidak seharusnya memadamkan api idealisme dalam tempoh singkat pelajar di universiti kerana pada masa itu berlaku lambakan idea dan maklumat yang membawa kepada ledakan fikiran dan ideaidea baru.
Ahmad juga mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi membuat kajian ilmiah sama ada benar pelajar yang terbabit dengan politik mempunyai pencapaian akademik merosot.
- sumber mStar online
This IS TRUE!
Syabas kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) atas kenyataan ini. Bukannya mahu merendahkan taraf pelajar kita seperti yang Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) katakan, tapi ini memang realiti yang berlaku di mana-mana universiti. Mungkin Dr. Lo'Lo' tidak tahu benda ni (atau sengaja buat tidak tahu) dan dia sepatutnya "buat kerja" la sebelum menyatakan pandangannya yang nampak sangat sifat "ke-pembangkang-an" terhadap opposition party. LOL~.
Pelajar kita memang "malas". Well, not all la of course tapi untuk sebilangan besarnya memang "malas" seperti yang dinyatakan MP BN tu. Tak kira la siapa pun, bumiputra ke, bukan bumiputra ke, hakikatnya memang rata-rata lebih suka baca nota dari baca buku.
KENAPA?
This should be an interesting question. Apa yang menggalakkan diorang ni semua "malas"? This should be asked to the particular "exam question maker" @ lecturer la. Sebabnya kadang-kadang (again NOT all like that) soalan exam yang keluar memang about 80% (maybe less, maybe EVEN more) dari nota-nota yang diberi. So, for the students (not all) why bother reading something yang tak akan keluar dalam exam? sedangkan the main target to sit for an exam is to score the paper, kan? kalau baca buku banyak mana pun, tulis jawapan panjang berjela pun, belum tentu dapat full marks, berbanding dengan jawapan point-form-with-little-description macam dalam nota yang diberi. DAN some "exam question marker" @ lecturer just akan beri markah ikut jawapan-dalam-nota-dia, not based on the books punya jawapan kerana kata mereka jawapan dalam buku tu (assume it a different book, same subject) "different" from dia punya notes resources (ikut pemahaman dia la). In the end, si polan (yang suka baca buku dan banyak ilmu) still tak dapat challenge the marks yang si polan (yang baca nota saja) dapat dan ini akan affect pointer masing-masing. Makanya, si polan (yang suka baca buku dan banyak ilmu) ni akan dipandang stupid just because dia tak perform well in exam dan taraf intelligent itu hanya dilihat dari pointer yang dikutip, dan si polan (yang baca nota saja) pula will be praised for getting an excellent results, walaupun pada hakikatnya dia tak mampu menandingi ilmu yang ada pada si polan yang satu lagi.
And again, people will only look for the one yang dapat best results, of course la. LOL~.
I think you can make your own conclusion..~
No related posts.
January 16th, 2009 - 13:32
ya, komen anda memang ada kebenarannya..tetapi, jika seseorang itu luas pembacaannya, pastinya ia dapat dikaitkan dengan apa yg dipelajari. Maksud saya, memanglah jawapan dalam exam itu tidak harus lari daripada apa yg disoal, tetapi dengan menyokongnya dengan additional info from extra reading, will do no harm. Sekurang2nya dapat juga c pembuat kertas soalan membaca melihat bhw u all ada effort tuk cari bahan2 extra. Selain itu, pengetahuan extra di luar kelas adalah sgt membantu untuk membuat assignment. Si pengajar tentunya tahu jika ilmu yang diterjemahkan ke dalam bentuk assignment itu adalah hasil muntahan drpd kuliah ataupun original daripada benak dan idea yg diolah sendiri.
I know those ‘student’ who are not perform very well is not necessarily stupid. Whether they are siuk sendiri or the pengajar yg siuk sendiri. This is just my humble opinion. Wish you all the best.
psst..! bila tu projek mo jln?
January 16th, 2009 - 16:41
ya. agree with ur opinion too. mungkin both student n pengajar siuk sendiri sama masing2 punya idea, itu yg berlakunya ‘clash of knowledge’. mungkin juga student tu hanya ada partial knowledge dan belum cukup untuk membuat hubung kait antara pengetahuannya dengan certain topic on that time.
btw, projek tu suppose bule jalan dr sem. lepas lagi, cuma si saufi ni tiba2 menghilangkan diri whenever i asked him about the event. last2, dia pun sudah abis. aiyo0~
apa pun, kalau ada orang yg mau organize, i boleh join bila2 masa ja.