blog@msaifuddin.com I reject the reality and substitute my own!

19Aug/081

CGY is BACK!

setelah lama menunggu, akhirnya CGY dah datang balik!
aku pun perasan benda nih time pegi i-hack'08 kat UiTM 14-17 Ogos lepas. time layan banner-banner semua, tetiba nampak logo CGY tuh..eyh! idup lagi rupanya kompeni ni..ingatkan dah lingkup terus. memula ada gak nampak kat website i-hack tuh tapi macam tak caye plak, then dorang macam biasa sponsor online streaming, dan baru la aku bleh justifykan kewujudan dorang ni. apa-apa pun, selamat tinggal laaaa CGY o0i~...aku dah tak berkenan ngan hosting korang. biar la murah cemana pun price korang, aku takkan kembali lagi..aku dah serik!..

btw, aku sempat amik backup site lama dan database backup 2 tahun dulu punya. ingat nak restore balik, tapi ada masalah plak bila campur yg lama ngan yang baru. entry dah tak sepadan...kalau tengok kat archieve, ada 1 je entry utk tahun 2006..so, nanti2 je laa aku update..

i will post some story and pics on i-hack'08 later.

No related posts.

Comments (1) Trackbacks (0)
  1. Assalamualaikum WBT,

    Saya mewakili pihak CGY Hosting Network Sdn. Bhd. ingin memohon sepuluh jari kemaafan terhadap sebarang gangguan perkhidmatan yang diharapi oleh para pelanggan CGYHost. Alhamdulillah, dengan penstrukturan semula syarikat dan penjenamaan baru CGYHost kepada CGYNet akan memberikan kesegaran kepada kami untuk terus komited memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.

    Kadang-kadang terkejut juga saya membaca komen-komen bekas pelanggan kami. Selain itu, fitnah-fitnah juga disebarkan dan terdapat tokok tambah dalam penyebaran sesuatu isu mengenai CGY. Ada yang cakap saya larikan duit syarikat dan sebagainya. Semua tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali dan hanya fitnah semata-mata. Saya agak terkilan tetapi mungkin pelanggan lebih terkilan dengan perkhidmatan CGY sejak akhir-akhir ini. Untuk makluman, CGY TIDAK PERNAH BANKRUP atau menutup operasi syarikat sejak ia dikorporatkan. Tambahan pula, CGY juga mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti IT Consultant, IT-Centre, Cyber Cafe, Live Streaming & Production Service. Alhamdulillah, hasil daripada komitmen CGY, operasi hosting telah dipulihkan kembali pada 13 Ogos 2008.

    CGY yang suatu masa dahulu merupakan salah satu daripada syarikat hosting Bumiputra pada tangga lima teratas terumbang-ambing disebabkan masalah kekurangan modal pusingan, tambah-tambahan lagi apabila pelanggan-pelanggan besar kami lewat melakukan bayaran.

    Terima kasih di atas komen-komen saudara. InsyaAllah, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan CGYNet dan memperbaiku mutu serta kualiti perkhidmatan CGYNet.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-2577622 atau YM : mytechnie atau MSN : pro_yazrie@msn.com. Saya sedia menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan sebaik mungkin.

    Akhir sekali, Salam Ramdhan dari kami CGYNet dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

    Wassalam WBT.

    Sekian,

    “CONNECT WITH ENDLESS POSSIBILITIES”

    Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
    Ketua Pegawai Eksekutif
    CGY Hosting Network Sdn. Bhd. (782068-A)

    http://www.cgynet.my


Leave a comment


No trackbacks yet.