blog@msaifuddin.com I reject the reality and substitute my own!

26Jun/084

Starbucks di IPTA

Starbucks dibenar beroperasi di IPTA

25/06/2008 6:21pm

PUTRAJAYA 25 Jun ? Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, selain perlu mendapatkan kebenaran daripada naib-naib canselor universiti berkenaan, kafe-kafe francais tersebut juga perlu menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.

Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun ia masih belum dilakukan secara menyeluruh.

Menurut beliau lagi, ramai penuntut universiti yang sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di bandar sambil melakukan tugasan mereka.

``Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti, usaha ini boleh menggalakkan mereka melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

``Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi ia mesti dibuat di pusat pelajar, tambahan pula, banyak syarikat yang bersedia menawarkan perkhidmatan itu di universiti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Pengetua, Kolej Kediaman IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali.- Utusan.

Source: Utusan Malaysia

Rasanya Kementerian Pengajian Tinggi nih dah gila dan bodoh. Alasan nak bawa masuk Starbucks dan segala macam syarikat francais ke IPTA hanya kerana WiFi!!!..what a joke!..Apa faedahnya kalau benda tuh ada dalam kampus?..buat perabis duit student je..dah la harga barang kat kedai jenis tu mahal. Kalau ada student price takpe gak. Alamatnya, ramai la yang akan perabis duit dorang kat tempat-tempat nih nanti..lagi-lagi bila benda ni ada dalam kampus..bila dapat duit PTPTN, dalam seminggu je abis la tu..haha

Kalau setakat pasal WiFi tuh, apa la salahnya kalau KPT suruh je IPTA seluruh negara ni pasang WiFi. Bukannya IPTA tiada duit nak buat semua tu. Yang dia cakap "RAMAI" student pi Starbucks tu berapa ramai sangat?..50%?..Rasanya tak sampai 10% pun..Dorang sepatutnya pertimbangkan dulu kesan baik buruknya benda ni. In my opinion, kesan buruknya lagi banyak dari yang baik. Daripada bawa masuk francais-francais "classy" macam tu, baik bawa masuk kedai mamak ke..suruh je la mamak tu pasang WiFi sebagai syaratnya..apa susah. I'm sure lagi ramai yang prefer kedai mamak dari Starbuck tu..

No related posts.

Comments (4) Trackbacks (0)
  1. mmg aku rase diorang nih dah tahap nak buat duit sampai terdesak….
    Aku masa belajo dulu pun takyah ler nak lepak2 kat starbuck nih.bebudak sekrang jerk yg perasan “cool” biler lepak kat starbuck.Padahal kedai kopi jerk……
    Dah ler Starbuck tuh banyak syer Yahudi dan Israel.Lagi la beranak pinak duit Israel ngan Yahudi.

    Lagi satu baik kerajaan galakkan usahawan kopitiam Melayu buat kopitiam kat dalam IPTA….cam ko cakap,pasang WiFI….bukan susah beno pun.

  2. tuh la..mungkin sebab kalau buka tender kat pengusaha kedai biasa, duit yang masyuk sikit je..kalau buka kat kedai-kedai high class, konfem dapat duit berjuta…

    mmg alasan sebab “wifi” tuh tak logik…macam dorang nih tak guna otak langsung…kalau dia kata “ramai” pi starbuck, biar la yang “ramai” tu pi cari starbuck kat bandar..for sure dorang ni ada duit n mampu keluar pi bandar tiap hari..tapi KPT tak ingat ke bukan semua yg masuk IPT tu berduit..mostly datang dari golongan sederhana n below..stadi pun harap kat PTPTN…

    nih la akibatnya kalau dah gila duit…

  3. kalau drg buat taman permainan + wifi lg beSt.. ble men2 ayunan sambil buat eSemen, muahaha~!! (beSala tu, org kalau cari alaSan mmg terer)

  4. sokong wh0elSe!!
    baik beriadah sambiL ber wi-fi.
    tubuh sehat, minda terbuka.
    bukan macam menteri kita tu… =)


Leave a comment


No trackbacks yet.